Showing posts with label DaPuR AkU BeRaSaP. Show all posts
Showing posts with label DaPuR AkU BeRaSaP. Show all posts

03 February 2010

.::DoNuT::.

Beberapa minggu nie tah nape hubby aku tu cam mengidam + kuat makan pun ada.. Asik habaq lapaq ja 24 hours n xpenah g aku dengar die cakap kenyang.. Pastu nk mkn yg sedap2 + mende yg payah nak masak..Ishk2! Kalau da mmg keje aku sebagai chef bertauliah xpe gak.. 24 hours dok kt dapur pun xpe..Nie, masuk dapuq pn jarang2..Hehehe

Memandangkan hari nie aku free + bebas dr kuliah, pagi2 lagi die dah suh (Opss! mintak tolong) aku buatkan 'donut'.. Memang bermasalah coz selama ni aku reti makan je mende tu, buatnya memang fail.. Tapi apakan daya, nama pun isteri kena gak penuhi keperluan suaminya.. So, tanpa berlengah2 terpaksalah aku p cari sumber2 yg boleh dipercayai utk aku jalankan misi aku bikin 'donut'..

Nie kire 1st time la aku wat donut, memang huru hara sket.. Dulu masa lum kawen, harapkan mak aku je, tu pun aku tolong tengok jer.. Skunk aku juz bleh cakap 'padan muka' kat diri aku sendiri.. (tapi kalau tengok2 memang muka aku padan pun ngn anggota badan aku, kalau xpadan maksudnye aku bukan manusia tp alien).. Cam2 mende berlegar2 dalam pale aku time tu..

Lastly, dapat gak aku siapkan misi aku ngn baik.. Fuh!! Tp tanpa disangka2 'donut' aku tu 'gede2' bangat la pulok.. Pe aku peduli, janji hubby aku dapat makan pe die nak da kire bagus.. Time tu die pun terkejut gak tengok 'donut' yg aku wat tu besar2.. Hehehe tp aku hepi sgt bile tengok die makan sambil cakap 'sayang, sedap sangat'.. Melayang2 tah ke mana aku time tu.. I like dat...

Kat n3 ni aku postkan cara mau bikin donut utk teman2 aku yg baru nak mencuba wat cam aku..

Bahan2:-

1. Tepung Gandum 1/2 kg

2. 3 1/2 sudu kecil yis segera

3. Gula Pasir 5 sudu besar

4. Garam Halus 1 sudu kecil

5. Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1/2 cawan

6. 1/3 cawan shortening/butter

7. Telur 2 biji

8. Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil

9. Air secukupnya

10. Minyak untuk menggoreng

Cara2:-

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.

4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bulatkan doh, buat lubang ditengah-tengah dengan jari.

5. Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.



.:Tada! gini rupanya donut kawe:.


.:Pening2! bile mengenangkn hubby siap jaja donut aku kt membe2 die.. Die jaja tu ada makna sebenarnya.. Muka aku gak yg tebal nie:.


14 January 2010

.::AyaM MaSaK MeRaH::.


.: AyAm MaSak Merah:.

Bahan2:-

10 ketul ayam - (goreng setengah masak)
Rempah tumis- (bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga & cengkih)
3 ulas bwg merah- (dikisar)
2 ulas bwg putih- (dikisar)
1 inci halia- (dikisar)
1 btg serai
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
2 susu cili kisar
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 ulas bwg besar potong bulat
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Cara2:

Panaskan api, masukkan rempah tumis, serai, daun limau purut & bahan kisar.. Kemudian, masukkan cili kisar.. Tumis sehingga naik bau.. Masukkan sos dan kacau sebati. Masukkan bawang besar dan masukkan ayam yg sudah digoreng tadi.. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa...



.:Sekadar gambar hiasan:.


.:Kalau ada yg terkurang sori la ek Lah, coz kite pn sama2 baru belajar.. Kalau was2, mak ko pn leh ko jadikan rujukan.. Orang lama xsama ngn org baru ;-) :.



13 January 2010

.::IkAn KeMbUnG MaSaK BeRLaDa::.

Hari nie memandangkan aku xdak kelas,terlintas lak dalam pale aku nak masak menu yg tertera kt atas tu utk hubby aku yg dah seharian duk kt ofis nun.. Aku pun xtau nape bermenjak2 ni rs ringan sgt tangan aku nk pegang senduk ngan kuali (nk masak ler)...

.:IkAn KeMbUnG MaSaK BeRlAdA:.

Bahan-bahan:-

3 Ekor ikan kembung (ikan lain pun leh cuba)
2 batang serai- (dititik)
1 Ulas bawang besar- (dimayang kasar)
2 Ulas bawang putih- (ditumbuk)
1 Inci halia- (ditumbuk)
8-10 Tangkai cili kering- (dikisar)
Air perahan limau kasturi
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Cara memasak:-

Firstly ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng dan diketepikan..
Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk dan bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yg dikisar.. Masukkan garam dan gula, kemudian kacau sampai pecah minyak.. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.. Masukkan bawang besar yg telah dimayang kasar dan kacau hingga agak layu n lastly, curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan...





.:Sekadar gambar hiasan:.


Korang janganla pelik lak sebab menu aku asik bersumberkan ikan kembung je (cam xdak ikan lain kt dunia ni).. Bukan aku xnk guna sumber lain tp keadaan hubby aku yg x begitu mengizinkan.. Nak kat sebulan die menderita kena penyakit gatal2.. So, sebagai langkah berjaga2 terpaksa la die berpantang sket (da cam orang mengandung lak nak pantang2).. Ishk2!! Aku pun memang simpati la nengok keadaan die camtu.. Sabar ye sayang, tu sume dugaan...

.:Nak masak, korang pandai2la agak2 ye.. Kalau orang yg nak makannye ramai, bahan2 tu kena la korang up kan sket spy sume dpt merasa, takut ada yg terkecik hati sbb xdpt makan susah lak:.






10 January 2010

.::IkAn KeMbUnG MaSaK LeMaK CiLi ApI::.

Memandangkn hari nie aku p pasar pun da lewat sgt, so barang2 dapur yg dapat dibeli pun terhad la.. Bukan pe, maklumla kalu p pasar matahari da meninggi ni kebanyakan barang2 yg tinggal bleh kata kurang fresh, ada yg da abes n kebetulan lak pasar nat tu penuh lak orang time matahari ngah terpacak atas pale ni.. Nampaknye hipotesis awal aku bahawa org semakin kurang kt pasar bile da tengahari telah dapat disangkal...

Nak xnak aku pn beli beberapa barang sebagai bekalan utk seminggu.. Tp selalunye dlm seminggu tu bleh kata 3 or 4x je aku masuk dapur tuk memasak.. Selebihnye santap kt warung Sasa Tomyam, Ulu Pauh la jawabnye...

Kebetulan barang dapur yg aku beli ari ni terhad sgt, so aku terpikir nak masak menu ni tuk hubby aku.. Lgpn memang da lama sgt aku tak rasa menu ni sejak dok jauh dr keluarga.. Kalu kt umah memang mak aku la orgnye yg selalu masak masakan fevret aku ni.. Anak kesayanganla katakn a.k.a anak manja (mengada2)...

So, aku nk share la sket resepi ni ngn member2 yg da memang pandai masak,  member2 yg mungkin baru nk belajar masak n yg baru nk belajar masuk dapur tu pn blehla..

.: Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api:.

Bahan2:-

4 ekor ikan kembung sederhana besar
1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan)
2 biji tomato (dipotong empat)
2 tangkai cili hijau (dibelah dua)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

Bahan ditumbuk halus:-

10 tangkai cili padi
2 sm kunyit hidup

Cara Penyediaan:-

Ikan kembung disiang dan dibersihkan.. Campurkan bahan tumbuk ke dalam santan.. Kemudian, jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah.. Masukkan ikan, tomato, cili hijau dan garam. Bila santan sudah mendidih padamkan api.. 

.:Sekadar gambar hiasan:.

p/s:- Korang yg nk cuba resepi ni jgnla rigid sgt folo bahan2 yg ada dalam tu.. Bleh je kalu nk pelbagaikn cam guna ayam, ikan (selain ikan kembung), buah belimbing besi, sayur bendi n cam2 lagi la ikt kreativiti korang sendiri.. Yg nk makan korang bukan aku... ;-p

.:My Fren Dylalova, ko xyahla risau2 kalu xpandai masak..Ko leh rujuk tenet, majalah, buku2 n cam2 la lg.. Maklumat sume di hujung jari je skang.. Ajak Shah belajar masak sama ye...Opps!!:.








10 December 2009

MeNu HaRi InI...

Daging masak lada hitam antara menu yg aku terpikir tuk sediakn ari ni..Nyam2!
Memandangkn skunk aku ngah cuti,barula feel nk masak tu ada coz slama stay kt kolej 4 my study, aku xberkesempatan lg masak utk hubby aku...hehehe sori my dear ;-p

Aku xnafikan memang byk mende gak aku lupa memandangkn jarang2 sgt masuk dapur. Nasib baik hubby faham n yg paling wt aku hepi n enjoy bile masak ni coz hubby aku skunk da xsuka komplen2 lagi psl masakan aku, pe aku masak die makan je...Alhamdulillah
Memang payah gak kalu dapat suami yg byk kerenah n suka mengomel ni kn2? Skunk aku mmg enjoy sgtla masak wlpn hakikatnya suatu masa dulu aku la org paling malas skali nk masak2 ni, makan nak la...Sbbnyer aku enjoy, ble time masak tu sure igt kt hubby n odspt berkobar2la hati ni n rasa jemu tu xdak langsung :-)

Lebih kurang dlm kul 10.30 a.m aku ditemani hubby aku p la pasar tani cr2 bhn yg diperlukan tuk sediakan menu tersebut...So, dipendekkn citer aku pn tryla masak... Alang2 aku da mengarut2 kt blog ni, nk je aku share menu ni ngn uols, esp yg baru nk try2 masak tu coz dis menu very simple n easy 2 catchup!

Daging Masak Lada Hitam

Bahan-Bahan:

Daging - Direbus dan hiris nipis
½ cawan kicap pekat
¼ cawan sos tiram
3 sudu besar lada hitam - ditumbuk kasar
1 mangkuk air asam jawa
1 sudu besar gula 3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
1 labu cili epal (capcicum) - potong memanjang
1 batang salary - potong memanjang
1 labu bawang besar - potong kiub

Cara:

Tumis bawang merah, putih, halia hingga kuning dan naik bau. Masukkan kicap pekat dan lada hitam. Maukkan daging, air asam jawa. Biar mendidih. Masukkan sos tiram, gula, bawang besar, salary, capsicum. Biarkan mendidih dan pekat.




Sori, gambar di atas ni sekadar gambar hiasan...Maklumla masakan aku xsecantik gmbar hiasan kt atas 2...Aku juz nk bg gambaran ttg menu tu jerk!
Lastly, aku nk inform satu mende iaitu rebus daging terlebih dahulu sebelum masak menu tu coz nk make sure daging tu lebih empuk bila dihidangkn nnt, kalau x alamak tercekikla sape2 yg makan tu...sian lak kt dorg n pe2 pn selamat mencuba!!!


p/s: tingat lak time budak2 dlu main masak2...Ishk2