03 February 2010

.::DoNuT::.

Beberapa minggu nie tah nape hubby aku tu cam mengidam + kuat makan pun ada.. Asik habaq lapaq ja 24 hours n xpenah g aku dengar die cakap kenyang.. Pastu nk mkn yg sedap2 + mende yg payah nak masak..Ishk2! Kalau da mmg keje aku sebagai chef bertauliah xpe gak.. 24 hours dok kt dapur pun xpe..Nie, masuk dapuq pn jarang2..Hehehe

Memandangkan hari nie aku free + bebas dr kuliah, pagi2 lagi die dah suh (Opss! mintak tolong) aku buatkan 'donut'.. Memang bermasalah coz selama ni aku reti makan je mende tu, buatnya memang fail.. Tapi apakan daya, nama pun isteri kena gak penuhi keperluan suaminya.. So, tanpa berlengah2 terpaksalah aku p cari sumber2 yg boleh dipercayai utk aku jalankan misi aku bikin 'donut'..

Nie kire 1st time la aku wat donut, memang huru hara sket.. Dulu masa lum kawen, harapkan mak aku je, tu pun aku tolong tengok jer.. Skunk aku juz bleh cakap 'padan muka' kat diri aku sendiri.. (tapi kalau tengok2 memang muka aku padan pun ngn anggota badan aku, kalau xpadan maksudnye aku bukan manusia tp alien).. Cam2 mende berlegar2 dalam pale aku time tu..

Lastly, dapat gak aku siapkan misi aku ngn baik.. Fuh!! Tp tanpa disangka2 'donut' aku tu 'gede2' bangat la pulok.. Pe aku peduli, janji hubby aku dapat makan pe die nak da kire bagus.. Time tu die pun terkejut gak tengok 'donut' yg aku wat tu besar2.. Hehehe tp aku hepi sgt bile tengok die makan sambil cakap 'sayang, sedap sangat'.. Melayang2 tah ke mana aku time tu.. I like dat...

Kat n3 ni aku postkan cara mau bikin donut utk teman2 aku yg baru nak mencuba wat cam aku..

Bahan2:-

1. Tepung Gandum 1/2 kg

2. 3 1/2 sudu kecil yis segera

3. Gula Pasir 5 sudu besar

4. Garam Halus 1 sudu kecil

5. Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1/2 cawan

6. 1/3 cawan shortening/butter

7. Telur 2 biji

8. Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil

9. Air secukupnya

10. Minyak untuk menggoreng

Cara2:-

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.

4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bulatkan doh, buat lubang ditengah-tengah dengan jari.

5. Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.



.:Tada! gini rupanya donut kawe:.


.:Pening2! bile mengenangkn hubby siap jaja donut aku kt membe2 die.. Die jaja tu ada makna sebenarnya.. Muka aku gak yg tebal nie:.


No comments: