06 February 2010

.:FLy AwAY:.

Hari nie aku ngn hubby awl2 pagi lg da bangun..
Pas solat subuh masing2 duk melangut lagi..
Aku ngn kerjaya sampingan sebagai maid sat di umah nie..
Pagi2 buta dah angkut sebakul baju p kt mesin utk dicuci..

Pastu, aku sambung lak menaip..
Keje yg xsudah2 mula drpd beberapa ari yg lepas..
Menaip tesis bahagian II (Rasa nk patah jari jemari 'mok mok' aku ni)..
'Mok mok' statement pinjaman drpd Cik Syikin..
Hajat hati nk submit kt penyelia hari nie..
Tp nampaknya xkesampaian lak..
Kena tunda, bile? aku pun xtau..
Pastu, take a little time making brkfast 4 hubby..
Hubby lak duk kalut settlekn menaip kuiz yg terpaksa dialih bahasakan..
Malam tadi die membuta habis-habisan..
Tapi sempat gak die settlekan..
Cadangnya nk submit hari nie gak..

Barang xpacking lg..
Plan kul 10 a.m td nk gerak p Sg. Petani..
Alih2 xjadi..
Kul bape nk grak pn aku xtau..
Nk p Sg. Petani umah wan hubby aku..
Hantar keta..
Kul 8 p.m nnt da nk nek train to K.L Sentral..
Sure smp pagi sok kt sana..
Then, 2morro monin kena gerak ke KLIA Sepang lak..
Nk fly away to Kuching, Sarawak..
Kuching, watch out! here i come..
Sekian...


.:Our 1st trip 4 dis year is going to Kuching, Sarawak.. Now still dok kalut2 cari info bout d interesting places kt sana.. Redah je la:.



.::PaSpOrT AkU::.


Lebih kurang kul 10 a.m aku mintak tolong hubby hantar aku p pejabat imegresen.. Tujuan utama nak wat pasport la.. Sebelum tu, kat umah lg aku da sediakan dokumen2 yg diperlukan supaya memudahkan aku gak bile sampai kt pejabat tu nanti (dgn penuh harapan cepat2la settle).. So, aku nak share sket some information 4 all my fren kt luar sana yg baru 1st time nk wat pasport...

Antara dokumen2 yg perlu disediakan:-

1. Gambo ukuran 'pasport international'
- bukan ukuran pasport yg bese korang wat tu ye (sure kena reject kt depan pintu lg t).. Tapi korang xyah risaula coz kalau korang wat kt PIM Kangar, dorang ada sediakan perkhidmatan fotostat n tangkap gambar (not free of charge tp bayarla kawan), utk PIM len aku xsure la pulak..



.: Lebey kurg cm nie la bentuk gambonye:.


2. Borang Maklumat Diri

- Borang ni korang boleh download scr on9 drpd website http://www.imi.gov.my/ or kalau korang p ofis die pn nnt korang akan diberikan borang yang berwarna hijau utk korang isi maklumat diri sendiri (Pastikan maklumat yg korang bagi tu benar & jujur coz nnt xpsl2 bukan kna reject je tp masuk lokap lak)..

3. IC sebenar + salinan IC (fotostat) + salinan surat beranak

- Ketiga2 dokumen ni memang penting utk memastikan korang ni benar2 warganegara M'sia (of cos la nama pn nk wat pasport M'sia kan).. Kalau ada keraguan sket nnt xpasal2 lak korang kena jadi suspek utk disoal siasat..


Now, korang juga diberi pilihan utk memilih mana2 daripada 3 kategori pasport yg berikut:-

1. Pasport utk tempoh sah laku selama 2 thn ngn harga RM100 utk 32 m/s (4 those people yg nk save budgetla)

2. Pasport untuk tempoh sah laku selama 5 thn ngn harga RM 300 utk 32 m/s

3. Pasport utk tempoh sah laku selama 5 thn ngn harga RM 600 utk 64 m/s

- 4 passport num. 2 & 3, mmg sesuai utk individu2 yg kerap travel keluar masuk M'sia.. So, its up to uols la nk pilih yg mana coz ur choice is alwiz right!

Sekarang, kalau korang nk wat pasport da xperlu nk tunggu 1 hari kt ofis imegresen tu utk dapatkan pasport.. Paling lewat pun dalam masa 2 jam da bleh siap (tp kna sabar gak menunggu).. Utk mengurangkan kesesakan lalu lintas n keperluan utk menunggu terlalu lama dalam ofis tu, korang datangla awal pagi...




.:Tu dia (sebut dlm loghat kedah) pasport aku da pun siap:.


.:Tingat zaman dolu2 nk wt pasport (hajat xkesampaian) coz mahal sgt.. La ni hati berbunga2 n syukur Alhamdulillah, hajat tu akhirnya jadi kenyataan gak:.




04 February 2010

.::CuAk::.


Pas klas tengahari tadi, group aku adakan meeting utk sampaikan info mengenai persediaan yg perlu kitorang wat sebelum ke Phuket, Thailand hujung bulan Februari nnt..

Antara info yg berkenaan;

1. Kena wat gambar ukuran pasport international

- Ramai gak membe2 yg gambo kena reject coz dorang wat gmbo ukuran pasport bese (ukuran
IC), ada gak yg kena reject gara2 masa amek gambo pakai tudung xkena ngn syarat yg
ditetapkan (lebih molek pkai tudung wane hitam) n pastu ada gak gambo yg kena reject coz wat gmbo tu dalam UUM yg tidak digalakkan oleh pihak imegresen sbb ukuran gambo yg digunakan xmenepati standard ukuran yg ditetapkan oleh mereka (prefer wat kt Changlun).. Hmm memang banyak tul bonggol2 yg harus dilalui aka syarat2 yg harus dipatuhi.. Nk wat gmbo je pun lum lg smp ke destinasi, da kna leburkan wet satu poket...

2. Bayaran harus dilunasi dgn segera (selewat2nya minggu nie!)

- Kali nie membe yg jadi ceti menggantikn Cek Farah adalah Nana Johor (bertuah tu!).. Kitorang gak yg pusing tercari2 lubang yg sesuai utk digali (bank mana penuh g ek?)..

3. Berkumpul pada hari Ahad (7/2) utk bikin group passport (sume wajib hadir)..

- 'Hari Ahad kite bikin group passport' merupakan statement yg telah m'buatkn aku cuak tahap gaban.. mana xnye, hari yg disebut2 tu aku dah pn fly 2 Kuching, Sarawak.. Memang bermasalah pada aku! mati akal gak aku mikirkan hal nie, hati pun berbelah bahagi (sian kt membe2 n sian gak kat diri aku).. Tapi aku percaya setiap masalah yg timbul pasti ada jalan penyelesaiannya..

- Aku pn amek keputusan tuk b'bincang dulu ngn Hubby.. Fuh! syukur Alhamdulillah coz akhirnya aku jmp gak jalan penyelesaiannya.. Nak xnk aku terpaksa gak berkorban sket semata2 utk turut sama ngn membe2 ke Phuket.. Ikutkn hati aku nak cancel je tp ble mengenangkan nie la percutian terakhir aku ngn member2, aku gagahkan gak.. Aku decide utk wat pasport aku sendiri.. So, pe lagi aku kena leburkan wet aku berganda2 la lg (kena tambah lg lubang utk digali).. Bagi aku, sume nie pasti ada hikmahnya!



.:Gambo yg akn aku guna utk wt pasport international:.


.:Now ngah menghitung hari utk ke Kuching, cuti midsem n ke Phuket (sawaddi).. Berjalan sakan la aku sem nie:.




03 February 2010

.::DoNuT::.

Beberapa minggu nie tah nape hubby aku tu cam mengidam + kuat makan pun ada.. Asik habaq lapaq ja 24 hours n xpenah g aku dengar die cakap kenyang.. Pastu nk mkn yg sedap2 + mende yg payah nak masak..Ishk2! Kalau da mmg keje aku sebagai chef bertauliah xpe gak.. 24 hours dok kt dapur pun xpe..Nie, masuk dapuq pn jarang2..Hehehe

Memandangkan hari nie aku free + bebas dr kuliah, pagi2 lagi die dah suh (Opss! mintak tolong) aku buatkan 'donut'.. Memang bermasalah coz selama ni aku reti makan je mende tu, buatnya memang fail.. Tapi apakan daya, nama pun isteri kena gak penuhi keperluan suaminya.. So, tanpa berlengah2 terpaksalah aku p cari sumber2 yg boleh dipercayai utk aku jalankan misi aku bikin 'donut'..

Nie kire 1st time la aku wat donut, memang huru hara sket.. Dulu masa lum kawen, harapkan mak aku je, tu pun aku tolong tengok jer.. Skunk aku juz bleh cakap 'padan muka' kat diri aku sendiri.. (tapi kalau tengok2 memang muka aku padan pun ngn anggota badan aku, kalau xpadan maksudnye aku bukan manusia tp alien).. Cam2 mende berlegar2 dalam pale aku time tu..

Lastly, dapat gak aku siapkan misi aku ngn baik.. Fuh!! Tp tanpa disangka2 'donut' aku tu 'gede2' bangat la pulok.. Pe aku peduli, janji hubby aku dapat makan pe die nak da kire bagus.. Time tu die pun terkejut gak tengok 'donut' yg aku wat tu besar2.. Hehehe tp aku hepi sgt bile tengok die makan sambil cakap 'sayang, sedap sangat'.. Melayang2 tah ke mana aku time tu.. I like dat...

Kat n3 ni aku postkan cara mau bikin donut utk teman2 aku yg baru nak mencuba wat cam aku..

Bahan2:-

1. Tepung Gandum 1/2 kg

2. 3 1/2 sudu kecil yis segera

3. Gula Pasir 5 sudu besar

4. Garam Halus 1 sudu kecil

5. Susu Tepung (Paling bagus yang jenis Full Cream) 1/2 cawan

6. 1/3 cawan shortening/butter

7. Telur 2 biji

8. Serbuk Penaik / Baking Powder 1 sudu kecil

9. Air secukupnya

10. Minyak untuk menggoreng

Cara2:-

1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.

4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bulatkan doh, buat lubang ditengah-tengah dengan jari.

5. Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7. Toskan minyak. Salut dengan icing semasa donut itu masih panas.



.:Tada! gini rupanya donut kawe:.


.:Pening2! bile mengenangkn hubby siap jaja donut aku kt membe2 die.. Die jaja tu ada makna sebenarnya.. Muka aku gak yg tebal nie:.


.::NiKmAtNyA ALaM BeRuMaHtAnGgA::.

Pernikahan itu adalah salah satu anugerah dan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya, khususnya kepada kita iaitu umat Rasulullah SAW. Pernikahan merupakan jalan yang sah lagi diredhai oleh Allah SWT bagi menghalalkan hubungan antara lelaki dan perempuan..

Sudah menjadi fitrah manusia yang sihat bahawa seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan, dan begitulah sebaliknya. Maka, apabila telah wujud rasa suka dan cinta seorang lelaki kepada seorang perempuan, syariat Islam telah menyediakan pernikahan sebagai jalan memanifestasikan kecenderungan dan kecintaan yang wujud di antara dua insan tersebut.

Firman Allah SWT yang lebih kurang maksudnya:

“Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui.”
(Surah Ar-Ruum, ayat ke-21)

Sememangnya fitrah seseorang lelaki akan menyukai perempuan, dan seseorang perempuan akan menyukai lelaki. Rasa suka, cinta, dan cenderung itu adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan malah tidak perlu dinafikan. Apa yang penting ialah perasaan itu haruslah disalurkan dan dimanifestasikan dengan cara yang halal dan baik..

Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa cinta itu adalah kecenderungan jiwa kepadanya (kepada sesuatu yang dicintai itu) kerana keadaannya yang merupakan suatu kenikmatan kepadanya. Semakin bertambah kenikmatan, semakin bertambahlah kecintaan.

Menurut Ibn Qayyim Al-Jauziah seorang ulama besar telah menyatakan bahawa cinta mempunyai tanda-tanda;

1. K
etika mereka saling mencintai maka sekali saja mereka tidak akan pernah saling mengkhianati, mereka akan saling setia sentiasa, memberikan semua komitmen mereka.

2. K
etika seseorang mencintai, maka dia akan mengutamakan yang dicintainya, seorang isteri akan mengutamakan suami dalam keluarga, dan seorang suami tentu saja akan mengutamakan isteri dalam hal perlindungan dan nafkahnya, mereka akan sama-sama saling mengutamakan..

3. Ketika mereka saling mencintai maka sedetik pun mereka tidak akan mahu berpisah, lubuk hatinya selalu saling terpaut.. Meskipun secara fizikal berjauhan, hati mereka seolah selalu tersambung.. Ada do’a isterinya agar suami selamat dalam perjalanan dan memperoleh kejayaan dalam pekerjaan. Ada tengadah jemari isteri kepada Allahi supaya suami selalu dalam perlindunganNya, tidak tergelincir.. Juga ada ingatan suami yang sedang membanting tulang meraup nafkah halal kepada isteri tercinta, sedang apakah gerangan isterinya, lebih semangatlah ia...

Allah SWT melengkapkan manusia dengan pancaindera yang dengannya manusia dapat merasai kenikmatan dan kelazatan dalam perkara yang disukai dan dicintai. Dalam salah sebuah hadith yang dipetik oleh Imam Al-Ghazali di dalam Ihya’ ‘Ulumuddin;

Rasulullah SAW bersabda yang lebih kurang maksudnya:

“Tiga hal dari duniamu yang dijadikan aku menyukainya, yakni: wangi-wangian, wanita, dan kesejukan hatiku dalam solat.”

Maka, kesukaan yang diwujudkan antara seorang lelaki dan perempuan itu, haruslah disatukan melalui jalan pernikahan.. Sudah tentu, pernikahan itu ada syarat-syaratnya dan adab-adabnya.. Adab-adab dalam pernikahan perlu diberikan perhatian yang teliti kerana pernikahan membawa erti yang cukup besar. Antara tujuan pernikahan adalah bagi menghalalkan perhubungan antara seorang lelaki dan perempuan..

Antara erti yang paling besar melalui pernikahan adalah pernikahan ini merupakan suatu ibadah, yang dapat membantu kehidupan beragama seseorang itu. Dalam salah sebuah hadith, Rasulullah SAW menerangkan betapa besarnya erti pernikahan dalam konteks melengkapkan agama seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang maksudnya:

“Barangsiapa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan isteri yang solehah, maka ia telah dilengkapkan sebahagian daripada agamanya. Maka, bertaqwalah kepada Allah untuk sebahagian yang lain itu.”
(Hadith Riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim dan dinyatakan sahih sanadnya)

Dalam matan yang lain, disebut bahawa pernikahan itu melengkapkan separuh daripada agama, dan hendaklah bertaqwa kepada Allah untuk separuh lagi.. Justeru, hal ini seharusnya menggambarkan kepada kita melalui jalan pernikahan itu dapat melengkapkan sebahagian besar daripada agama. Hal tersebut, sudah tentu berkait rapat dengan maksud dan hikmah pernikahan yang lain.

Antaranya, melalui pernikahan kelangsungan hidup manusia sebagai manifestasi tanggungjawab khalifah dapat dipastikan berlaku. Melalui pernikahan juga akan dapat
meneruskan kehidupan manusia, melalui anak-anak yang dilahirkan. Anak-anak yang dilahirkan itu akan lahir sebagai umat Rasulullah SAW. Maka, apabila terdidik pula anak-anak itu dengan baik menjadi anak yang soleh dan solehah, berbanggalah Rasulullah SAW dengan bilangan umat baginda yang banyak. Ibu bapa akan mendapat kebaikan, dan masyarakat akan mendapat manfaat.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Kahwinilah olehmu wanita yang pencinta (sangat mencintai suami dan anak-anak) dan peranak (subur). Maka sesungguhnya aku bermegah-megah dengan banyaknya kamu (umat Rasulullah) itu terhadap nabi-nabi yang lain di hari kiamat.”
(Hadith Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban)

Pernikahan juga adalah merupakan perkara yang akan dapat
menenangkan jiwa, serta membantu proses untuk meningkatkan kualiti kerohanian seseorang. Hal ini demikian kerana melalui jalan pernikahan akan lebih memelihara kehormatan serta kesucian jiwa seseorang itu. Hati akan lebih tenang kerana sesebuah pernikahan yang baik itu akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan ‘Mawaddah wa Rahmah’, yakni rasa kasih dan sayang.

Selain daripada itu, pastinya adalah lebih mudah bagi seseorang yang telah berkahwin untuk memelihara diri daripada melakukan dosa dan maksiat, termasuklah maksiat hati. Apabila seseorang itu lebih mampu memelihara dirinya daripada maksiat, maka lebih mudahlah untuk seseorang itu memberikan penumpuan kepada ibadah dan usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah SAW yang lebih kurang bermaksud:

“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.”
(Hadith Riwayat Bukhari)


Maka, apa yang penting untuk difahami adalah bahawa pernikahan itu merupakan salah satu cara untuk meningkatkan kualiti ibadah, serta seharusnya menjadikan seseorang itu lebih dekat kepada Allah SWT. Hal ini demikian kerana pada hakikatnya, pernikahan itu sendiri adalah merupakan satu kurniaan yang besar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya.

Bukankah jodoh itu ketentuan Allah? Oleh sebab itulah kita dapat melihat pada hari ini, begitu ramai orang yang bercinta selama bertahun-tahun lamanya, tetapi akhirnya tidak sampai kepada pernikahan. Ada juga yang bercinta begitu lama, akhirnya menikah jua. Ada juga yang berkenalan hanya seketika, kemudian terus mendirikan rumahtangga.

Keadaan-keadaan tersebut seharusnya memberikan kepada kita suatu pengertian bahawa soal jodoh bukanlah terletak kepada usaha manusia, tetapi adalah merupakan ketetapan dan ketentuan Allah SWT. Usaha manusia itu hanyalah sebagai sebab. Maka, bagi sesiapa yang setelah menikah dengan seseorang itu, semakin jauh hatinya daripada mengingati Allah serta beribadah kepada-Nya, bukankah itu namanya kufur nikmat?

Kerana erti syukur itu, adalah apabila kita menghargai pemberian dan kurniaan daripada Allah SWT untuk lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Justeru, adalah penting juga untuk difahami bahawa di sebalik kenikmatan dan faedah pernikahan, terdapat risiko dan cabaran yang seandainya seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya, khususnya tanggungjawab kepada Allah dan kepada Rasulullah, maka pastinya seseorang itu akan mudah terjerumus dan terperangkap dalam hal-hal yang tidak baik yang hadir bersama sesebuah pernikahan...


.:AlBy NaDaK- FAReS:.




p/s: Aku mengharapkan semoga Allah selalu menghimpunkan kalian (yang saling mencintai kerana Allah dalam ikatan halal pernikahan) dalam kebaikan. Mudah-mudahan Allah yang maha lembut melimpahkan kepada kalian bening saripati cinta, cinta yang menghangati nafas keluarga, cinta yang menyelamatkan. Semoga Allah memampukan kalian membina keluarga sakinah, mawaddah, warrahmah.

Semoga Allah mematrikan helai keikhlasan di setiap gerak dalam keluarga. Jua Allah yang maha menetapkan, mengekalkan ikatan pernikahan tidak hanya di dunia yang serba fana tapi sampai ke sana, the real world “Akhirat”...


.:Sumber; bakhtiarnajahimajid.wordpress.com,

akhie_naim, buku (Imam Al-Ghazali- panduan hidup bahagia nikmatnya alam berumahtangga) terjemahan Muhammad B. Abd. Latif:.

.:Sekadar wat menambah ilmu di dada:.