Showing posts with label SeLaYaNg PaNdANg. Show all posts
Showing posts with label SeLaYaNg PaNdANg. Show all posts

16 January 2010

.::MeNaRa TeRtiNgGi Di DuNiA::.

.:BuRj DuBaI @ BuRj KhAlIfA:.

Burj Dubai merupakan lambang kemegahan warga Dubai dan bangunan tersebut telah diberi gelaran sebagai 'Menara Tertinggi di Dunia'.. Perasmian bangunan tersebut baru sahaja dilancarkan pada 4 Januari 2010 yg lepas dgn penuh gilang-gemilang.. Bukan warga Dubai je, malah aku sebagai rakyat Malaysia pun cukup teruja wlpn kaki aku ni belum jejak lagi kat sana.. Utk n3 kali ni aku nk share ngn member2 kat luar sana xkire la yg dah tau or lum lagi pasal menara nie.. Kat sini aku akn cuba selitkan beberapa fakta menarik tentang Burj Dubai.. So, let's checkout wut inside!!!

1. Di sebalik nama:
- In Arabic 'Burj Dubai' n in Malay its was called as 'Menara Dubai'.. 'Burj' means 'Menara'.. Now, secara rasminya diberi nama 'Burj Khalifa'...

2. Kedudukan n ketinggian:
- Terletak pada kedudukan 25°11?58.34?U, 55°16?20.66?T, dibina di Jalan Syeikh Zayed
berdekatan ngn Jalan Doha n ketinggian sebenar bangunan belum dapat dikenal pasti tetapi
dalam jangkaan lebih kurang 800m (2625 kaki) serta memiliki lebih daripada 160 lantai...

3. World record 4 d:
- Tallest building in d world
- Tallest free-standing structure in d world
- Highest numbers of stories in d world
- Highest occupied floor in d world
- Highest outdoor observation deck in d world
- Elevator wif d longest travel distance in d world
- Tallest service elevator in d world

4. Seni bina n Reka bentuk:
- Dibina oleh Skidmore, Owings n Merrill LLP dari Chicago, Amerika Syarikat yg mana mereka
juga telah mereka bentuk bangunan 'Sears Tower' di Chicago n 'Freedom Tower' di New York
City...
- Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan 3 lobus tapak bangunan yg
menyerupai bunga padang pasir.. Terdiri drpd 3 elemen yg membentuk gelendung utama..
Pelan lantai yg berbentuk 'Y' yg menghadap Teluk Parsi serta ia turut berbentuk 'Kubah
Bawang' iaitu seni bina utama dalam Islam...
- Bahagian luar disadur dgn aluminium dan tekstur keluli tahan karat dgn jarak panel menegak
berbentuk tiub sirip keluli tahan karat.. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas
melampau di Dubai...
- Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap 'Georgio Armani'.. Hotel Armani mengambil 37
tingkat, tingkat 45-700 akan menjadi apartment persendirian, pejabat korporat
diperuntukkan pd tingkat 123-124 dan kolam renang pula disediakan pd tingkat 78...
- Mempunyai sistem 'lif elevator' berangkai yg dikenali sebagai 'double decker elevator' serta
merupakan lif yg paling laju di dunia iaitu 18m sesaat...
- Bangunan yg kukuh dgn gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut,
taufan serta pelbagai bencana alam..

5. Kemudahan:
- Apartmen bercirikan studio hgga kpd apartment 1,2,3&4 lantai
- Gym, kolam renang, jakuzzi, ruang rekreasi, supermarket, perpustakaan dsb
- Taman (11 hektar) yg indah, 6 kolam air pancut, taman permainan kanak2 n 2 buah
gelanggang tenis, masjid
- Hotel milik Giorgio Armani yg mempunyai 160 buah bilik n suite, restoran mewah, galeri
lukisan, butik2 dsb...

6. Peneraju n Tujuan pembinaan:
- Peneraju utama Burj Dubai adalah Emaar Properties- menjalin usahasama dgn syarikat Korea, Samsung Corporation dan pengurus projek di New york, Turner Construction
- Dibina bertujuan sebagai mercu tanda bagi dunia dan menjadi tarikan pelancong dalam n luar
negeri...

7. Konsep- Bandar dlm Bandar:
- Menjadi hiasan tengah bagi bangunan bandar dalam bandar seluas 200 hektar yg dinamakan
'Downtown Burj Dubai'
- Projek bernilai US$20 bilion ini merangkumi 30,000 unit rumah, hotel Armani yg pertama di
dunia dibina dgn kerjasama syarikat pakaian jenama Giorgio Armani, menara kediaman,
ruang pejabat mewah, taman tasik buatan manusia dan pancutan air 'Dubai Fountain'
- Mempunyai pelantar peninjau di aras 124 yg akan dibuka kpd org ramai, 2 tingkat parking
kereta dan 5 tingkat podium
- Terdapat Dubai Mall yg dianggap sebagai sebuah drpd pusat membeli-belah n destinasi
hiburan terbesar di dunia...

.:Foto2 menarik pemandangan Burj Dubai:.



.:Sudut atas pemandangan Burj Dubai:.




.:Pemandangan waktu malam Burj Dubai:.




.:Sudut sisi atas pemandangan Burj Dubai




.:Pemandangan waktu pagi Burj Dubai:.




.:Sudut interior dalaman Dubai Mall:.




.:Dubai Fountains:.

Act, aku lebih bangga jadi rakyat Malaysia n bangga pada negara aku sendiri kerana segala-galanya ada kat Malaysia.. Pasal gelaran 'Menara Tertinggi di Dunia' tu, negara Malaysia pun dah meraih gelaran tersebut lebih awal dgn adanya Menara Berkembar KLCC.. Pe2 pun perkara utama yg lebih aku utamakan sebagai rakyat dlm sesebuah negara adalah keamanan n keharmonian hidup.. Negara moden n gah sekalipun kalau rakyat hidup dlm kesengsaraan, ketakutan, terancam n sebagainya xdak gunanya.. Bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'.. Bek di negeri sendiri, tul x?

.::Bangga kt anak Malaysia yg menerajui projek Burj Dubai nie iaitu Nor Shaharom Mansor, Penolong Pengarah Emaar Properties.. Malaysia Boleh!!!::.

.::Sumber: Bernama, beliamuda.com, mediaislah.net:.




01 August 2009

MaSjiD BeRkUbAh EmAs!!!

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 buah masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid pertama yang didirikan di negara tersebut dan Mula digunakan pada tahun 1958. Masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya dibuat daripada emas 24 karat. Biaya pembangunan masjid tersebut menelan belanja hampir USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali merupakan antara salah satu bangunan terindah di dunia.

Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei

Masjid ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Istana Bolkiah dan telah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Masjid ini memiliki 29 buah kubah yang diperbuat daripada emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang mempunyai lanskap yang menarik ini mempunyai keluasan hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi yang panjangnya kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tetamu negara.

Masjid ini turut memiliki 4 menara yang mana masing-masing tingginya adalah 189 kaki serta dilengkapi lebih kurang 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung berpeluang melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

Masjid Sultan Singapura

Tahun 1928, Singapura mendapat wang sebanyak SGD 3000 hasil daripada perkongsian perniagaan dengan Inggeris, Sultan Singapura seterusnya mengubahsuai sebuah masjid yang terletak di kawasan Little India. Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini kemudiannya telah menjadi masjid terbesar di Singapura pada sekitar tahun 80-an.


Walau seberapa besar masjid dibangunkan di negara tersebut, tidak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilaungkan. Namun, terdapat sebuah masjid yang telah diberikan perkecualian di mana masjid tersebut boleh melaungkan azan iaitu Masjid Sultan yang terletak di sekitar Arab Street. Masjid Sultan merupakan masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan sebagai "national heritage". 
Masjid Dian Al Mahri di Depok Indonesia 
 
Keluasan bangunan masjid ini mencapai 8000 meter persegi dan berdiri teguh di atas lahan seluas 70 hektar. Secara umum, seni bina masjid ini mengikut tipologi seni bina masjid dari Timur Tengah dengan ciri kubah, menara, halaman dalam (plaza), dan hiasan dalaman bercorak elemen geometri dan obelisk, untuk memperkuatkan lagi ciri-ciri keislaman pada seni binanya. Ciri lainnya adalah pada pintu gerbang masuk yang berbentuk portal dan hiasan geometri serta obelisk sebagai ornamen. 
Halaman dalamnya pula berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung seramai 8000 jemaah. Enam menara berbentuk segi enam dibina bagi melambangkan rukun iman dan menjulang setinggi 40 meter. Keenam-enam menara tersebut dibalut oleh batu granit abu-abu yang diimport dari Itali dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya pula terdapat kubah yang berlapis mozek emas 24 karat serta kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan di masjid-masjid seperti di Parsi dan India. 
Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina 
 
Masjid Qubbah As Sakhrah atau lebih dikenali sebagai Dome of the Rock telah dibangunkan sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang Raja dalam Bani Umayyah dan kemudiannya diikuti dengan pembinaan Masjidil Aqsa yang telah siap dibina pada tahun 710M. Masjid ini dahulunya dan mungkin sehingga kini masih dianggap sebagai Masjid Al Aqsa. Namun, terdapat sebahagian masyarakat yang menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar. 
Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq 
 
Masjid Al-Askari merupakan Masjid Syiah yang telah dibangunkan pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Iraq. Namun, masjid ini telah hancur pada bulan Februari 2006 akibat daripada tindakan langung inovasi Amerika Syarikat ke atas Iraq. 
Masjid Suneri, Lahore, Pakistan 
 
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M. 
p/s: Rupa bentuk masjid xmenjadi ukuran, namun perkara yang harus diberi perhatian adalah pada amalan masyarakatnya iaitu keikhlasan mereka dalam mengisi serta memenuhi ruang-ruang di setiap rumah Allah itu.