11 August 2009

HaKiKaT WaNiTa dAn LeLaKi



Wanita bukanlah makhluk lain bagi Lelaki,
Bukan juga musuh kaum Lelaki,
Dan bukan pula saingannya,
Melainkan sebagai penyempurna bagi Lelaki,
Dan Lelaki juga sebagai penyempurna bagi Wanita..

Wanita adalah sebahagian dari Lelaki,
Dan Lelaki juga adalah sebahagian dari Wanita,
Saling menyempurnakan...

Ya benar, kerana itu ada perasaan saling memerlukan,
Keinginan untuk saling diperhatikan dan memerhatikan,
Keinginan untuk saling memberi dan menerima serta berkongsi sesuatu,
Keinginan untuk saling bahagia dan membahagiakan,
keinginan untuk saling dicintai dan mencintai,
Keinginan untuk salaing disayangi dan menyayangi,
Serta keinginan untuk bersama-sama mencapai redhanya Allah S.W.T..

p/s: Lelaki dan Wanita kedua-duanya saling memerlukan. Perbezaan yang wujud dalam diri kedua-dua golongan Adam dan Hawa tersebut membolehkan mereka saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain...