01 August 2009

MaSjiD BeRkUbAh EmAs!!!

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 buah masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid pertama yang didirikan di negara tersebut dan Mula digunakan pada tahun 1958. Masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya dibuat daripada emas 24 karat. Biaya pembangunan masjid tersebut menelan belanja hampir USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali merupakan antara salah satu bangunan terindah di dunia.

Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei

Masjid ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Istana Bolkiah dan telah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Masjid ini memiliki 29 buah kubah yang diperbuat daripada emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang mempunyai lanskap yang menarik ini mempunyai keluasan hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi yang panjangnya kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tetamu negara.

Masjid ini turut memiliki 4 menara yang mana masing-masing tingginya adalah 189 kaki serta dilengkapi lebih kurang 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung berpeluang melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

Masjid Sultan Singapura

Tahun 1928, Singapura mendapat wang sebanyak SGD 3000 hasil daripada perkongsian perniagaan dengan Inggeris, Sultan Singapura seterusnya mengubahsuai sebuah masjid yang terletak di kawasan Little India. Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini kemudiannya telah menjadi masjid terbesar di Singapura pada sekitar tahun 80-an.


Walau seberapa besar masjid dibangunkan di negara tersebut, tidak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilaungkan. Namun, terdapat sebuah masjid yang telah diberikan perkecualian di mana masjid tersebut boleh melaungkan azan iaitu Masjid Sultan yang terletak di sekitar Arab Street. Masjid Sultan merupakan masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan sebagai "national heritage". 
Masjid Dian Al Mahri di Depok Indonesia 
 
Keluasan bangunan masjid ini mencapai 8000 meter persegi dan berdiri teguh di atas lahan seluas 70 hektar. Secara umum, seni bina masjid ini mengikut tipologi seni bina masjid dari Timur Tengah dengan ciri kubah, menara, halaman dalam (plaza), dan hiasan dalaman bercorak elemen geometri dan obelisk, untuk memperkuatkan lagi ciri-ciri keislaman pada seni binanya. Ciri lainnya adalah pada pintu gerbang masuk yang berbentuk portal dan hiasan geometri serta obelisk sebagai ornamen. 
Halaman dalamnya pula berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung seramai 8000 jemaah. Enam menara berbentuk segi enam dibina bagi melambangkan rukun iman dan menjulang setinggi 40 meter. Keenam-enam menara tersebut dibalut oleh batu granit abu-abu yang diimport dari Itali dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya pula terdapat kubah yang berlapis mozek emas 24 karat serta kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan di masjid-masjid seperti di Parsi dan India. 
Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina 
 
Masjid Qubbah As Sakhrah atau lebih dikenali sebagai Dome of the Rock telah dibangunkan sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang Raja dalam Bani Umayyah dan kemudiannya diikuti dengan pembinaan Masjidil Aqsa yang telah siap dibina pada tahun 710M. Masjid ini dahulunya dan mungkin sehingga kini masih dianggap sebagai Masjid Al Aqsa. Namun, terdapat sebahagian masyarakat yang menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar. 
Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq 
 
Masjid Al-Askari merupakan Masjid Syiah yang telah dibangunkan pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Iraq. Namun, masjid ini telah hancur pada bulan Februari 2006 akibat daripada tindakan langung inovasi Amerika Syarikat ke atas Iraq. 
Masjid Suneri, Lahore, Pakistan 
 
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M. 
p/s: Rupa bentuk masjid xmenjadi ukuran, namun perkara yang harus diberi perhatian adalah pada amalan masyarakatnya iaitu keikhlasan mereka dalam mengisi serta memenuhi ruang-ruang di setiap rumah Allah itu.















31 July 2009

InTiM + GhAiRaH + KoMiTmEn = ?

2day i'll like 2 share smting interested in dis life..

Can all of u expect wuts it?

~CiNtA (LoVe)~

 

Suka + Cinta = ?

Suka + XCinta = ?

Rubin (1973), Cinta terbina drpd 3 komponen:

  1. Mengambil berat perasaan kepuasan pihak yg lagi satu adalah sama penting dgn diri sendiri.
  2. Ikatan/ keinginan untuk bersama.
  3. Keintiman yg melibatkan komunikasi yg rapat & bersifat rahsia.

3 Keadaan yg boleh menimbulkan perasaan Cinta Romantik:

  1. Wujud jangkaan keinginan utk jatuh cinta.
  2. Membolehkan seseorang jatuh cinta, seseorang yg sesuai mestilah ada utk memenuhi jangkaan cinta romantis yg ideal.
  3. Keinginan fisiologi utk bercinta.

2 Jenis Cinta yg lebih mudah dikenalpasti:

  1. Cinta Ghairah

~Cinta yg dipengaruhi oleh perasaan yg kuat di mana pasangan "menyerap masuk" ke dalam diri pasangan, sering merindui hingga pasangan kekasih dianggap segala-galanya dalam hidup dan saling memerlukan. Cinta ini bersifat sementara setelah keperluan utk bersama telah dipenuhi.

      2.  Cinta Suci

~ Bentuk cinta yg lebih murni, lebih difahami sbg perasaan kasih sayang yg kita alami terhadap individu yg paling rapat dalam hidup. Dalam sesebuah perhubungan, tingkahlaku sering dimotivasikan utk memenuhi kehendak pasangan lebih drpd kehendak diri sendiri. Cinta ini memperlihatkan perhubungan yg lebih panjang & berkekalan. 

Sternberg (1986) modul Tiga Segi Cinta:

  1. Keintiman = Suka

~ Persahabatan tanpa cinta / komitmen jangka panjang.

     2.  Keintiman + Nafsu gahairah = Cinta Romantik

~ Pasangan kekasih sering tertarik dgn keadaan fizikal & emosi antara satu sama lain tetapi tanpa komitmen.

    3.  Nafsu ghairah = Cinta Berahi

~ Ghairah cinta pandang pertama tanpa keintiman/ komitmen.

    4.  Nafsu ghairah + komitmen = Cinta Bodoh

~ Komitmen berdasarkan nafsu ghairah tetapi tiada keintiman utk membentuk perhubungan.

    5.  Komitmen + membuat keputusan= Cinta Kosong

~ Keputusan utk mencintai tanpa keintiman / nafsu ghairah.

    6.  Keintiman + Komitmen = Cinta Suci

~ komitmen jangka panjang seperti perkahwinan di mana nafsu ghairah telah luntur.

    7.  Keintiman + Nafsu Ghairah + Komitmen = Cinta Sempurna

~Cinta sempurna yg mengandungi ketiga-tiga faktor tetapi sukar dicapai.

So, wuts ur LOVE look like? Urmm...

Now, lets see d characteristic of ur LOVE STYLE!

  1. Cinta Persahabatan (STORAGE)
  • Hasil drpd persahabatan
  • Timbul secara perlahan-lahan
  • Tidak sedar sudah lama dalam cinta
  • Minat yg sama
  • Ambil masa yg panjang utk mengenali pasangan sebelum wujudnya perasaan cinta
  • Cth: rakan kerja kursus, rakan kongsi

     2.  Cinta Romantik (EROS)

  • Tarikan fizikal dan tarikan sosial
  • Pertemuan pertama
  • Penyatuan & perpaduan dalam cinta
  • Inginkan identiti sama - pakaian, makanan dll
  • Memandang cinta sebagai sesuatu yg amat tinggi nilainya.

     3. Cinta Permainan (Ludus)

  • Kurang pergantungan & tanggungjawab
  • Lebih daripada satu pasangan dalam sesuatu masa
  • Tidak serius & tidak mendalam perasaan cintanya
  • Gemar membuat hubungan cinta secara mendadak & tidak teratur
  • Tidak mesra dengan pasangan

     4. Cinta Logikal (PRAGMA)

  • Cuba mencari pasangan yg terbaik
  • Menetapkan ciri-ciri khusus pasangannya
  • Sabar menangguh hubungan cintanya sehingga betul-betul merasakan individu yg ditemui memenuhi kriteria yg dikehendaki

     5. Cinta Pengorbanan (AGAPE)

  • Suka membantu, amat memahami & pemaaf
  • Terlalu ekstrim & terlalu penyabar
  • Pemikiran terbatas
  • Bersikap terbuka, menerima cinta daripada orang yg berbeza personaliti
  • Memberi cinta & kasih sayang dengan rela hati tanpa sebarang syarat
  • Sanggup melakukan apa sahaja asalkan pasangannya bahagia
  • Rela mengenepikan cita-cita sendiri

     6. Cinta Kepunyaan (MANIA)

  • Memiliki sifat cemburu
  • Ingin bersama setiap masa
  • Tidak suka pada perpisahan
  • Suka mementingkan keperluan diri sendiri
  • Terlalu mengawal, mengongkong & memiliki
  • Sentiasa mencurigai kejujuran & keutuhan cinta pasngan

So, which one is urs? Mine, opps! secrets.... ;-P

Refleksi:

  • Kita harus mengenali bentuk cinta & gaya bercinta kita kerana setiap hubungan cinta yg terjalin boleh membawa perubahan yg positif mahupun negatif dalam hidup seseorang.
  • Mencari pasangan cinta bukanlah semudah yg disangkakan, kerana setiap orang mempunyai citarasa yg berbeza & kita sendiri harus sedia maklum dgn citarasa sendiri.

Act, segala maklumat yg ku lampirkan di atas ni merupakan ilmu yg ku pelajari daripada lect kesayanganku (Prof. Mohd Makzan Musa)..

p/s: D Superior & Truly LOVE is 4 Allah & Urself..




30 July 2009

M Vs W..




Lets checkout wut inside dis story:

Al kisah,

Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her Man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan yang bersesuaian untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

Seorang pelajar lelaki kemudian tampil ke hadapan dan setelah merenung-renung ayat tersebut, dia meletakkan tanda bacaan yang tertentu sehingga ayat tersebut dibaca seperti berikut:

"Woman, without her Man, is nothing"

Usaha pelajar lelaki tersebut telah mendapat sorakan daripada semua pelajar lelaki dan dengan bangganya pelajar ini pun kembali duduk dan di tempatnya, sorakan daripada rakan-rakan masih berterusan.

Kemudian, tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua pelajar yang hadir di dalam dewan. Seterusnya, dengan penuh yakin dia pun meletakkan tanda bacaan yang berbeza sehingga ayat tersebut dibaca seperti di bawah:

"Woman! Without her, Man is nothing"

Tanpa disedari, seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya,
semua mata tertumpu kepada profesor.

"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu, terus keluar meninggalkan dewan tersebut.

So, wut can u all understand from dis story?
Lets checkout wut inside...

m/v: Apa yang boleh kita pelajari daripada kisah ini? Banyak, tetapi kata- kata profesor itu yang menyentak. "You can be what you want to be." Maknanya daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita. Kalau "Woman without her Man is nothing" dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai "Woman! Without her, Man is nothing". Ia begitu memotivasikan dan amat bernilai sekali.

p/s: its up 2 u 2 interpret dis story like wut?..choices alwiz made by urself :-p




29 July 2009

JuZ ReFrEsH My MiNd...

Where will you be 1 HOURS b4?

  • cycling around PTSS wif my fren Nurul..pergh!!

Where were you at 7AM this morning?

  • shhh!..i'm cooking bfuz 4 someone special..

Does anyone LOVE you?

  • of cos YES...they should be.

Does your HUSBAND miss you?

  • urm..i tink i should ask him 1st coz x pndai plak bce people’s mind..

What are you doing TOMORROW?

  • not sure yet..myb settlekn assgmnt yg dh cm gunung Kinabalu 2..ahaks!

Your last KISS?

  • hehehe..sure i remember, on my husband cheek la..

Now, what LYRICS are stuck on your mind?

  • rindu bersama (Amar ft Aeman)..coz ngh dgr lgu tu, feeling abes siot...

How has the WEEK been?

  • noting much.. juz stay at home n online, skali skala best gak cuti mgejut ni.. thx 2 UUM tp jgn tarik cuti midsem dhla...wa..wa..wa ;-p

Who do you MISS?

  • mak n abah!! miss both of u so much..mmmuuaah

Where did the last PLACE you go? with who?

  • kangar hospital.. wif my hub n my fren, nmpknye hjt ati nk derma darah xtercapai lak..hurm

Do you think you’ll be a GOOD Mother/Father in d future?

  • urm..i hope so..

What are you STRESSED out about?

  • dun know which assgmnt should i started duin 1st..waaaa

What do you want to SAY to that special person that alwiz stuck on your mind?

  • dear, i alwiz luv n miss u so much 4 eva n eva.. jiwang la plak ;-P

Do you think you would make a GOOD wife/husband?

  • hahaha..not sure, myb YES or myb NOT..juz wait n see la..la..la

How many TIMES u create a new post 4 ur blogger?

  • juz 1 times per day :-D

Everything HAPPENS for a reason?

  • dats for sure..

Are you CARING n LOVING person?

  • am i? i tink i should ask people who knows me..huhuhu

Whats d 1st THINGS u alwiz put in ur hndbag?

  • of cos my sweet pinky pursue which i hav been used around 4 years..

FRENZ dats u really miss n want 2 meet if u hav a lot of times to spent?

  1. ex stdnt SMKTBM-esp Mira, Fifah, Mimi, Shahrul, Dieha, Faisal, Nabil, Adib dll..
  2. ex stdnt SMKRA-esp Mieza, Mirul, Am, Fazli, Laden, Nadia, Azrin, Zetty dll...

p/s: miss u all so much, long time no see ya! (nm yg xsbut 2 jgn kcik ati coz korg alwiz in my heart)..

Wats d LAST thing u tink u should do at dis time?

  • huargh! sleepla, on my cosy bed of cos..bestnyer, zzzzzzzzzzzz

Last WORD?

  • last but not least, akhirnya bjaya gak jwb sume persoalan yg menerjah dalam pale ni..fuhh!! pnat tul :-)



28 July 2009

H.U.J.A.N




H.U.J.A.N
Rahmat dari TUHAN
Nikmat terbesar kepada umat MANUSIA

Benarkah?
Bukankah ia suatu bencana?
Itu katamu
Tapi bagi diriku TIDAK
Ia ibarat sebuah MUZIK
Mengalunkan irama yg begitu indah sekali
Mendamaikan, mengasyikkan, mengharmonikan
Hati, jiwa serta jasadku
Yg kadangkala ku rasakan KOSONG

Ahh! aku tak percaya
Hujan membawa bencana
Kau LIHAT,
Lihat ini, lihat itu, lihat sana, lihat sini
Segala-galanya musnah kerana DIA
Siapa?
Hujan itu

Dirimu yg SALAH!
Bukan DIA
Kau LUPA, ALPA, LALAI dan LEKA
DIA datang kepada orang yg begitu memerlukannya
Bukan DIRIMU
Yg TIDAK memerlukannya
Tapi MEREKA
Yg menganggapnya suatu ANUGERAH dan NIKMAT yg tak terhingga


Seperti DIRIKU
Yg menghargainya
Kerana Ia mengingatkan AKU pada PENCIPTAKU
Yg Engkau sendiri Mengerti..