14 February 2010

.::BeRpOyA2 Di KuChInG::.

Perjalanan aku n hubby bermula sejak 06 Februari yg lepas di mana kitorg bergerak dr Sg. Petani ke K.L Sentral dgn menaiki tren KTM Berhad (wlpn da lapok tp service still maintain) dgn harapan dapat rest kn badan nie puas2.. Aku n hubby pilih seat yg bleh tidoqnye, kalau amek seat yg 100% duduk jer memang bengkokla badan aku nie...


.:Amek feel ja sebelum tidoq:.


Sampai ja kt K.L Sentral aku n hubby trus dapatkan bas utk ke LCCT Terminal.. Aku gunakan service AirAsia utk ke Kuching 4 dis year.. Lebih kurang kul 9.45 aku fly (bukan terbang tp nek flight la) ke Kuching, Sarawak.. Makan masa hampir 1 1/2 jam gak nak sampai sana (kejang abis urat2 pinggang nie coz seat die problem lak).. Tp enjoy gak coz dpt seat yg kt tepi tingkap (sambil lihat langit ciptaan Illahi, terpukau sat aku)...

Lebih kurang kul 11.20 kitorg sampai di Kuching.. Kali nie nasib menyebelahi kami coz turun je flight trus dapat keta sewa yg bagi aku lebih baik conditionnya if compare ngn keta sewa yg kami gunakan sewaktu berpoya2 di Sabah dulu..


.:Posing bersama keta sewa Nissan Sentra kami semasa di Kuching:.


1. Antara Tempat2 Yg Kami Lawati:-

i. Pasar Satok

Pasar Satok scr besar2an hanya dibuat pada hari Ahad ja.. Bagi aku Pasar Satok xjauh beza cam Chow kit kat K.L la.. Segala 1001 mcm mende ada dijual kt sinun ('sana' dlm loghat Sarawak).. Harga barang2 pun berpatutan n bagi aku jauh lebih murah jika dibandingkan dgn harga barang2 yg ada kt Sabah (berdasarkan pengalaman).. Aku n hubby singgah sat je kt Pasar Satok tp sempat gak tangkap muat beberapa barang yg kami rasakan interesting utk dibawa pulang...



.:Beg rotan + senduk atr barangan yg sempat aku tangkap muat:.


ii. Waterfront

Suasana di Waterfront hanya lebih menyerlah pada waktu malam coz waktu tu, di sepanjang jalan di Waterfront akan disinari dgn cahaya lampu minyak tanah (opss! lampu neon la).. Ada beberapa gerai gak yg dibuka untuk para pengunjung menjamu selera (Harga standard r, pe2 pn tepuk perut tanya perutla).. Ku pikir2 tempat tu mungkin dinamakan 'Waterfront' (depan air) coz memang depan Waterfront tu ada air yg dipanggil Sg. Sarawak (Pe2 pun korang pikirla sendiri erk!)...



.:Rasa cam kt dlm 'Merry Go Round' tp xdak kuda nk bawak pusing2:.



.:Pemandangan indah waktu malam di Waterfront:.


iii. Damai Beach

Damai Beach antara tempat yg boleh dikunjungi bagi sesape yg inginkan privacy, ketenangan n yg kemaruk sangat nk mandi.. Tp aku lebih terpukau sampai la nie dgn keindahan yg ada di Pulau Manukan n Mamutik.. Damai Beach pn ada daya penariknya yg tersendiri di mana aku tertarik dgn homestay yg terletak di atas pokok + kolam air yg terletak dalam hutan (cam kolah pn ada).. Berhadapan dgn pantai, turut tersergam sebuah resort yang dikenali sbg Damai Beach Resort (bajet lebih leh menginap kt situ)...



.:Batu bertuah yg jadi pilihan aku utk melebarkan punggung:.



.:Xdpt rendam badan, kuis2 jari dlm kolam pun jadi la:.



.:Luar setinggan dlm cam kondo (homestay di DB):.


iv. Astana + DUN Sarawak + Fort Margerita

Ketiga2 tempat nie mempunyai sejarah masing2 ( juz dgr2 drpd mulut org je la).. Tempat2 nie terletak di seberang Sg. Sarawak n berhadapan dgn Waterfront.. Korang nk datang tengok bangunan n kawasan sekeliling je bolehla, kalau nak masuk dalam 'no komen'.. Untuk ke tempat2 nie korang kena menyeberang Sg. Sarawak dulu dengan menaiki bot tambang (sampan) dengan harga RM 0.40 sen ja (nk bagi lebih pn xpe, wt amal jariah)...



.:Sampai gak aku kt seberang :-) peace no war!:.



.:Rumah baru aku (dalam mimpi jerk!):.



.:Bangunan DUN Sarawak yg baru:.


v. Semenggoh Wild Life Centre

Antara daya penarik tempat nie adalah 'Orang Utan' yg dibiarkan hidup meliar dalam hutan (sangkar2 dah xdak).. Hajat hati datang ke sini pun memang nk tengok Orang Utan tp nampaknye xkesampaian lak.. Memandangkan time aku n hubby pergi tu ialah musim buah, memang Orang Utan kt situ jual mahal betol la (jangankn muka, batang hidungnya pun xnmpak langsung).. Last2 p tengok buaya makan ja (hampa hatiku).. Dalam pusat ni gak ada beberapa tempat lain yg boleh korang jenguk2 antaranya (Semenggoh Bio Centre, Botanical Garden, Forest Nursery, Fern n Orchid Garden, Herb Ethnobotany Centre)...



.:Sebelum masuk (semangat berkobar2 nk tengok Orang Utan):.



.:Keluar dgn perasaan hampa tp still leh tersenyum (dlm hati diri sendiri je yg tau):.


vi. Taman Budaya

Kat Taman Budaya ni terletaknya Tugu Pahlawan2 yg telah banyak berjuang untuk mempertahankan negeri Sarawak drpd dijajah (lebih kurang cam Tugu Negara yg ada kt semenanjung la)...


.:Aku pn kuat cam Badang gak, leh angkt mende tu satu jari ja, jaga2!:.



.:Tugu Pahlawan yg terletak kt Taman Budaya:.


2. Mencari2 Souvenier?

i. Main Bazaar

Main Bazaar terdiri drpd deretan kedai yg jual pelbagai barangan cenderamata utk para pengunjung.. Terletak di seberang jalan berhampiran dgn Waterfront.. Kebanyakan cenderamata yg dijual ialah barangan kraftangan yg dihasilkan oleh penduduk di situ gak (Harga berpatutan).. Aku nk inform kpd pengunjung pempuan yg ingin singgah ke Main Bazaar ni supaya menyediakan wet poket yg secukupnya supaya korang xblik nek kaki je nnt (Shopping sampai xigt dunia + rambang mata sampai rasa nk angkut je kedai2 tu bawak blik)...


.:Along Main Bazaar street:.


ii. Pasar Tamu DBKU

Tempat nie khusus utk para pengunjung yg gemar makan 'Ikan Terubuk Masin'.. Kat semenanjung aku xpasti la ada jual ke tidak mende ni coz sesape yg pi Sarawak xsah perjalanan die kalau xbawak balik mende ni (aku pn pelik!).. Tp kebanyakan ikan terubuk masin yg dijual di sitok ('sini' dlm loghat Sarawak) fresh2 belaka (xcaya korang tengokla sendiri).. Aku pun xbape pasti masakan pe yg sesuai utk dijamu bersama dgn ikan nie (aku goreng ja!).. Tp yg lemahnye makan mende nie kena lemah lembut + sopan santun (banyak tulang + tulang lak halus2).. Memang menguji kesabaranlah tp bile da masuk mulut tu memang terasa hingga ke perutla sedapnye...



.:Model terpilih yg akn mempromosikan keenakan ikan terubuk masin:.



.:Sekotak terus aku kaut utk bawak balik ke semenanjung:.


iii. Kek Lapis Dayang Salhah

Terletak di Kampung Melayu, seberang Sg. Sarawak.. Memang ada pelbagai jenis kek lapis dijual di sini dgn harga yg cukup berpatutan bagi aku (murah + sodap).. Aku pun sampai xketahuan nk beli perasa + design yg mana (sume nampak sedap n menarik).. Xsah gak perjalanan kalau xbawak balik kek lapis Sarawak (kalau kt semenanjung aku hanya leh pandang jer + telan air liur) coz boleh tahan gak harganya tp xjamin la sedap ke dak... Hehehe



.:Jemputla makan ye, nk yg mana pilih je tp jgn lupe bayar kt kaunter:.



.:Kek Lapis Dayang Salhah Centre:.


iv. Kilang Pasu Sarawak

Pasu Sarawak antara souvenier yg memang sesuai utk korang bawa balik or hadiahkan utk member2.. Tempat nie terletak kat Batu 4 or Batu 4 1/2 kira kira 25 minit dari bandar Kuching.. Kawasan Batu 4 nie menempatkan beberapa kilang pasu terkenal di mana pasu dibuat dan terus dijual di sini.. Pasu2 kat sini memang cantek2 belaka (xcaya pi tengok sendiri, sure korang teruja + rambang mata + rasa nak kaut semua) n bla bla bla...


.:Koleksi pasu yg ada dgn harga yg cukup berpatutan:.



.:Antara kilang pasu yg terkenal di Kuching, Sarawak (mai jgn xmai):.


Begitulah citernye perjalanan aku n hubby selama 3hari 2malam di Kuching, Sarawak.. Setiap tempat yg aku kunjungi ada keistimewaan masing2.. Da puas berpoya2, pe lagi balik la!...


.:Pe2 pun thx a lots buat x-student hubby n my new Sarawakian fren a.k.a our travel guide (Saw n Anne):.



.:Hubby n Saw + Me n Anne:.





No comments: