16 January 2010

.::MeNaRa TeRtiNgGi Di DuNiA::.

.:BuRj DuBaI @ BuRj KhAlIfA:.

Burj Dubai merupakan lambang kemegahan warga Dubai dan bangunan tersebut telah diberi gelaran sebagai 'Menara Tertinggi di Dunia'.. Perasmian bangunan tersebut baru sahaja dilancarkan pada 4 Januari 2010 yg lepas dgn penuh gilang-gemilang.. Bukan warga Dubai je, malah aku sebagai rakyat Malaysia pun cukup teruja wlpn kaki aku ni belum jejak lagi kat sana.. Utk n3 kali ni aku nk share ngn member2 kat luar sana xkire la yg dah tau or lum lagi pasal menara nie.. Kat sini aku akn cuba selitkan beberapa fakta menarik tentang Burj Dubai.. So, let's checkout wut inside!!!

1. Di sebalik nama:
- In Arabic 'Burj Dubai' n in Malay its was called as 'Menara Dubai'.. 'Burj' means 'Menara'.. Now, secara rasminya diberi nama 'Burj Khalifa'...

2. Kedudukan n ketinggian:
- Terletak pada kedudukan 25°11?58.34?U, 55°16?20.66?T, dibina di Jalan Syeikh Zayed
berdekatan ngn Jalan Doha n ketinggian sebenar bangunan belum dapat dikenal pasti tetapi
dalam jangkaan lebih kurang 800m (2625 kaki) serta memiliki lebih daripada 160 lantai...

3. World record 4 d:
- Tallest building in d world
- Tallest free-standing structure in d world
- Highest numbers of stories in d world
- Highest occupied floor in d world
- Highest outdoor observation deck in d world
- Elevator wif d longest travel distance in d world
- Tallest service elevator in d world

4. Seni bina n Reka bentuk:
- Dibina oleh Skidmore, Owings n Merrill LLP dari Chicago, Amerika Syarikat yg mana mereka
juga telah mereka bentuk bangunan 'Sears Tower' di Chicago n 'Freedom Tower' di New York
City...
- Reka bentuk Burj Dubai berasaskan seni bina Islam dengan 3 lobus tapak bangunan yg
menyerupai bunga padang pasir.. Terdiri drpd 3 elemen yg membentuk gelendung utama..
Pelan lantai yg berbentuk 'Y' yg menghadap Teluk Parsi serta ia turut berbentuk 'Kubah
Bawang' iaitu seni bina utama dalam Islam...
- Bahagian luar disadur dgn aluminium dan tekstur keluli tahan karat dgn jarak panel menegak
berbentuk tiub sirip keluli tahan karat.. Sistem lapisan direka agar tahan suhu panas
melampau di Dubai...
- Bahagian dalaman dihiasi oleh pakar lanskap 'Georgio Armani'.. Hotel Armani mengambil 37
tingkat, tingkat 45-700 akan menjadi apartment persendirian, pejabat korporat
diperuntukkan pd tingkat 123-124 dan kolam renang pula disediakan pd tingkat 78...
- Mempunyai sistem 'lif elevator' berangkai yg dikenali sebagai 'double decker elevator' serta
merupakan lif yg paling laju di dunia iaitu 18m sesaat...
- Bangunan yg kukuh dgn gegaran 120 darjah dan mampu menahan rempuhan angin ribut,
taufan serta pelbagai bencana alam..

5. Kemudahan:
- Apartmen bercirikan studio hgga kpd apartment 1,2,3&4 lantai
- Gym, kolam renang, jakuzzi, ruang rekreasi, supermarket, perpustakaan dsb
- Taman (11 hektar) yg indah, 6 kolam air pancut, taman permainan kanak2 n 2 buah
gelanggang tenis, masjid
- Hotel milik Giorgio Armani yg mempunyai 160 buah bilik n suite, restoran mewah, galeri
lukisan, butik2 dsb...

6. Peneraju n Tujuan pembinaan:
- Peneraju utama Burj Dubai adalah Emaar Properties- menjalin usahasama dgn syarikat Korea, Samsung Corporation dan pengurus projek di New york, Turner Construction
- Dibina bertujuan sebagai mercu tanda bagi dunia dan menjadi tarikan pelancong dalam n luar
negeri...

7. Konsep- Bandar dlm Bandar:
- Menjadi hiasan tengah bagi bangunan bandar dalam bandar seluas 200 hektar yg dinamakan
'Downtown Burj Dubai'
- Projek bernilai US$20 bilion ini merangkumi 30,000 unit rumah, hotel Armani yg pertama di
dunia dibina dgn kerjasama syarikat pakaian jenama Giorgio Armani, menara kediaman,
ruang pejabat mewah, taman tasik buatan manusia dan pancutan air 'Dubai Fountain'
- Mempunyai pelantar peninjau di aras 124 yg akan dibuka kpd org ramai, 2 tingkat parking
kereta dan 5 tingkat podium
- Terdapat Dubai Mall yg dianggap sebagai sebuah drpd pusat membeli-belah n destinasi
hiburan terbesar di dunia...

.:Foto2 menarik pemandangan Burj Dubai:.



.:Sudut atas pemandangan Burj Dubai:.




.:Pemandangan waktu malam Burj Dubai:.




.:Sudut sisi atas pemandangan Burj Dubai




.:Pemandangan waktu pagi Burj Dubai:.




.:Sudut interior dalaman Dubai Mall:.




.:Dubai Fountains:.

Act, aku lebih bangga jadi rakyat Malaysia n bangga pada negara aku sendiri kerana segala-galanya ada kat Malaysia.. Pasal gelaran 'Menara Tertinggi di Dunia' tu, negara Malaysia pun dah meraih gelaran tersebut lebih awal dgn adanya Menara Berkembar KLCC.. Pe2 pun perkara utama yg lebih aku utamakan sebagai rakyat dlm sesebuah negara adalah keamanan n keharmonian hidup.. Negara moden n gah sekalipun kalau rakyat hidup dlm kesengsaraan, ketakutan, terancam n sebagainya xdak gunanya.. Bak kata pepatah 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'.. Bek di negeri sendiri, tul x?

.::Bangga kt anak Malaysia yg menerajui projek Burj Dubai nie iaitu Nor Shaharom Mansor, Penolong Pengarah Emaar Properties.. Malaysia Boleh!!!::.

.::Sumber: Bernama, beliamuda.com, mediaislah.net:.




14 January 2010

.::AyaM MaSaK MeRaH::.


.: AyAm MaSak Merah:.

Bahan2:-

10 ketul ayam - (goreng setengah masak)
Rempah tumis- (bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga & cengkih)
3 ulas bwg merah- (dikisar)
2 ulas bwg putih- (dikisar)
1 inci halia- (dikisar)
1 btg serai
2 helai daun limau purut
2 sudu sos tiram
2 susu cili kisar
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1 ulas bwg besar potong bulat
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Cara2:

Panaskan api, masukkan rempah tumis, serai, daun limau purut & bahan kisar.. Kemudian, masukkan cili kisar.. Tumis sehingga naik bau.. Masukkan sos dan kacau sebati. Masukkan bawang besar dan masukkan ayam yg sudah digoreng tadi.. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa...



.:Sekadar gambar hiasan:.


.:Kalau ada yg terkurang sori la ek Lah, coz kite pn sama2 baru belajar.. Kalau was2, mak ko pn leh ko jadikan rujukan.. Orang lama xsama ngn org baru ;-) :.



13 January 2010

.::IkAn KeMbUnG MaSaK BeRLaDa::.

Hari nie memandangkan aku xdak kelas,terlintas lak dalam pale aku nak masak menu yg tertera kt atas tu utk hubby aku yg dah seharian duk kt ofis nun.. Aku pun xtau nape bermenjak2 ni rs ringan sgt tangan aku nk pegang senduk ngan kuali (nk masak ler)...

.:IkAn KeMbUnG MaSaK BeRlAdA:.

Bahan-bahan:-

3 Ekor ikan kembung (ikan lain pun leh cuba)
2 batang serai- (dititik)
1 Ulas bawang besar- (dimayang kasar)
2 Ulas bawang putih- (ditumbuk)
1 Inci halia- (ditumbuk)
8-10 Tangkai cili kering- (dikisar)
Air perahan limau kasturi
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa

Cara memasak:-

Firstly ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit, kemudian digoreng dan diketepikan..
Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk dan bila dah berbau harum (garing) masukkan cili merah yg dikisar.. Masukkan garam dan gula, kemudian kacau sampai pecah minyak.. Masukkan ikan yg telah digoreng tadi dan gaulkan hingga sebati.. Masukkan bawang besar yg telah dimayang kasar dan kacau hingga agak layu n lastly, curahkan air perahan limau kasturi sebelum dihidangkan...





.:Sekadar gambar hiasan:.


Korang janganla pelik lak sebab menu aku asik bersumberkan ikan kembung je (cam xdak ikan lain kt dunia ni).. Bukan aku xnk guna sumber lain tp keadaan hubby aku yg x begitu mengizinkan.. Nak kat sebulan die menderita kena penyakit gatal2.. So, sebagai langkah berjaga2 terpaksa la die berpantang sket (da cam orang mengandung lak nak pantang2).. Ishk2!! Aku pun memang simpati la nengok keadaan die camtu.. Sabar ye sayang, tu sume dugaan...

.:Nak masak, korang pandai2la agak2 ye.. Kalau orang yg nak makannye ramai, bahan2 tu kena la korang up kan sket spy sume dpt merasa, takut ada yg terkecik hati sbb xdpt makan susah lak:.






10 January 2010

.::IkAn KeMbUnG MaSaK LeMaK CiLi ApI::.

Memandangkn hari nie aku p pasar pun da lewat sgt, so barang2 dapur yg dapat dibeli pun terhad la.. Bukan pe, maklumla kalu p pasar matahari da meninggi ni kebanyakan barang2 yg tinggal bleh kata kurang fresh, ada yg da abes n kebetulan lak pasar nat tu penuh lak orang time matahari ngah terpacak atas pale ni.. Nampaknye hipotesis awal aku bahawa org semakin kurang kt pasar bile da tengahari telah dapat disangkal...

Nak xnak aku pn beli beberapa barang sebagai bekalan utk seminggu.. Tp selalunye dlm seminggu tu bleh kata 3 or 4x je aku masuk dapur tuk memasak.. Selebihnye santap kt warung Sasa Tomyam, Ulu Pauh la jawabnye...

Kebetulan barang dapur yg aku beli ari ni terhad sgt, so aku terpikir nak masak menu ni tuk hubby aku.. Lgpn memang da lama sgt aku tak rasa menu ni sejak dok jauh dr keluarga.. Kalu kt umah memang mak aku la orgnye yg selalu masak masakan fevret aku ni.. Anak kesayanganla katakn a.k.a anak manja (mengada2)...

So, aku nk share la sket resepi ni ngn member2 yg da memang pandai masak,  member2 yg mungkin baru nk belajar masak n yg baru nk belajar masuk dapur tu pn blehla..

.: Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api:.

Bahan2:-

4 ekor ikan kembung sederhana besar
1 biji kelapa parut (ambil 2 mangkuk santan)
2 biji tomato (dipotong empat)
2 tangkai cili hijau (dibelah dua)
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk perasa

Bahan ditumbuk halus:-

10 tangkai cili padi
2 sm kunyit hidup

Cara Penyediaan:-

Ikan kembung disiang dan dibersihkan.. Campurkan bahan tumbuk ke dalam santan.. Kemudian, jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau supaya santannya tidak pecah.. Masukkan ikan, tomato, cili hijau dan garam. Bila santan sudah mendidih padamkan api.. 

.:Sekadar gambar hiasan:.

p/s:- Korang yg nk cuba resepi ni jgnla rigid sgt folo bahan2 yg ada dalam tu.. Bleh je kalu nk pelbagaikn cam guna ayam, ikan (selain ikan kembung), buah belimbing besi, sayur bendi n cam2 lagi la ikt kreativiti korang sendiri.. Yg nk makan korang bukan aku... ;-p

.:My Fren Dylalova, ko xyahla risau2 kalu xpandai masak..Ko leh rujuk tenet, majalah, buku2 n cam2 la lg.. Maklumat sume di hujung jari je skang.. Ajak Shah belajar masak sama ye...Opps!!:.








.::WaYaNg UmAh KiTe::.

Pagi2 pas solat subuh hubby aku da ajak tengok wayang.. Citer yg jadi pilihan utk wayang kali nie .:2012:. Aku rasa kalu p panggung wayang pn da xtayang lg citer 2.. Perkara bese je bg kitorg berdua bile termiss satu2 citer.. Memandangkn kt umh nie byk kemudahan yg boleh digunakan, pe lg, guna je la sampai lebam.. Kalu xguna berhabuk lak nnt n mula la cik labah2 tu nk tumpang wt sarang, cik cicak lak nk tumpang tabur najis die tu..Ishk2!! 

Bile rasa xdak keje, hubby aku tu wat2 gakla ada keje  ngn mendownload citer2 yg kitorg miss nk tgk..Tp setakat ni aku lebih berpuas hati tgk citer yg didownload drpd tgk citer kt panggung wayang sbb gambar yg lebih cantik n xla sakit mata aku bile menengoknye.. Bak kata org xp tgk wayang kt panggung wayang pun xpa, xrugi.. Sbbnye kt umh aku ni pn da cam panggung wayang hubby aku kerjakan.. Dengan LCD Projektornye, speakerla n got best service bile tgk wayang kt umah nie..

Nak tau pe die?!!!

Sure la kalo tgk wayang kt umah ada makanan cam2 leh jamah..Free of charge lg.. Amek je pe yg ada kt dapo tu.. Kalu kt panggung wayang sume berbayar bermula drpd tiket hingga la kepada makanan..Pastu nk tgk wayang ngn cam2 gaya pn boleh (duduk, baring, mengiring, berdiri n cam2 lgla kite punye pasal la.. Kalu kt panggung wayang dh tentu terhad.. Pas2 abes citer je mula la kedengaran suara2 yg menyuarakan hasrat hati yg terpendam cam sakit pinggangla, sakit tengkukla, sakit kaki, tangan n bla bla bla..

Pe2 pn aku memang enjoy sgtla tgk wayang kt umah.. Xyh risau nk spent duit bape banyak utk p tgk wayang cume pk bape byk bil letrik kena bayar ujung bulan nnt.. Nges nges nges bak ketawa Cik Hanis kite.. Aku memang laaayan jer citer ni n not bad la...

 

.::FiLeM 2012::.

Sinopsis:-

Bintang besar - John Cusack, Danny Glover, dan Chiwetel Ejiofor..

Dalam filem ini, dikisahkan sekelompok manusia berusaha menyelamatkan diri akibat bencana dahsyat pada 2012 dengan menggunakan pesawat terbang..

Bagi sesape yg belum n dah pn menonton filem ni, filem ini bukannya mengisahkan tentang kiamat kerana tiada manusia yang mengetahui akan bila berlaku kiamat melainkan hanya Allah S.w.t sahaja.. Maka diharap umat Islam dapat menjaga aqidah dengan baik dan jangan terpengaruh dengan pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah tarikh berlakunya kiamat.. Itu adalah penyesatan yang ingin dilakukan oleh golongan Illuminati.

Menurut kajian, 2012 adalah tarikh dimana pihak Illuminati akan mula menguasai dunia dan mahu semua negara di dunia ini berada di bawah telunjuk mereka.. Maka mereka alihkan perhatian dunia kepada akan berlakunya kiamat agar manusia semua tidak sedar akan perancangan mereka...

ReNuNg2kAn:-

"Dan ketika kaum kafir merancang untuk memenjarakan engkau, membunuh engkau atau mengusir engkau - mereka merancang dan Allah juga merancang. Dan Allah adalah sebaik-baik perancang."

Surah Al Anfaal : Ayat 30

.::Xsempat lg nk layan citer Avatar wlpn da siap download::.

.::Hanis, sowi eyna pinjam ketawa hanis utk N3 kali nie::.