01 August 2009

MaSjiD BeRkUbAh EmAs!!!

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 buah masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid pertama yang didirikan di negara tersebut dan Mula digunakan pada tahun 1958. Masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya dibuat daripada emas 24 karat. Biaya pembangunan masjid tersebut menelan belanja hampir USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali merupakan antara salah satu bangunan terindah di dunia.

Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei

Masjid ini merupakan sebahagian daripada Kompleks Istana Bolkiah dan telah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun pemerintahan Sultan Hassanal Bolkiah. Masjid ini memiliki 29 buah kubah yang diperbuat daripada emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang mempunyai lanskap yang menarik ini mempunyai keluasan hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi yang panjangnya kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tetamu negara.

Masjid ini turut memiliki 4 menara yang mana masing-masing tingginya adalah 189 kaki serta dilengkapi lebih kurang 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung berpeluang melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

Masjid Sultan Singapura

Tahun 1928, Singapura mendapat wang sebanyak SGD 3000 hasil daripada perkongsian perniagaan dengan Inggeris, Sultan Singapura seterusnya mengubahsuai sebuah masjid yang terletak di kawasan Little India. Antara perubahan yang dilakukan ialah dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini kemudiannya telah menjadi masjid terbesar di Singapura pada sekitar tahun 80-an.


Walau seberapa besar masjid dibangunkan di negara tersebut, tidak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilaungkan. Namun, terdapat sebuah masjid yang telah diberikan perkecualian di mana masjid tersebut boleh melaungkan azan iaitu Masjid Sultan yang terletak di sekitar Arab Street. Masjid Sultan merupakan masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan sebagai "national heritage". 
Masjid Dian Al Mahri di Depok Indonesia 
 
Keluasan bangunan masjid ini mencapai 8000 meter persegi dan berdiri teguh di atas lahan seluas 70 hektar. Secara umum, seni bina masjid ini mengikut tipologi seni bina masjid dari Timur Tengah dengan ciri kubah, menara, halaman dalam (plaza), dan hiasan dalaman bercorak elemen geometri dan obelisk, untuk memperkuatkan lagi ciri-ciri keislaman pada seni binanya. Ciri lainnya adalah pada pintu gerbang masuk yang berbentuk portal dan hiasan geometri serta obelisk sebagai ornamen. 
Halaman dalamnya pula berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung seramai 8000 jemaah. Enam menara berbentuk segi enam dibina bagi melambangkan rukun iman dan menjulang setinggi 40 meter. Keenam-enam menara tersebut dibalut oleh batu granit abu-abu yang diimport dari Itali dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya pula terdapat kubah yang berlapis mozek emas 24 karat serta kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan di masjid-masjid seperti di Parsi dan India. 
Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina 
 
Masjid Qubbah As Sakhrah atau lebih dikenali sebagai Dome of the Rock telah dibangunkan sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang Raja dalam Bani Umayyah dan kemudiannya diikuti dengan pembinaan Masjidil Aqsa yang telah siap dibina pada tahun 710M. Masjid ini dahulunya dan mungkin sehingga kini masih dianggap sebagai Masjid Al Aqsa. Namun, terdapat sebahagian masyarakat yang menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar. 
Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq 
 
Masjid Al-Askari merupakan Masjid Syiah yang telah dibangunkan pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Iraq. Namun, masjid ini telah hancur pada bulan Februari 2006 akibat daripada tindakan langung inovasi Amerika Syarikat ke atas Iraq. 
Masjid Suneri, Lahore, Pakistan 
 
Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M. 
p/s: Rupa bentuk masjid xmenjadi ukuran, namun perkara yang harus diberi perhatian adalah pada amalan masyarakatnya iaitu keikhlasan mereka dalam mengisi serta memenuhi ruang-ruang di setiap rumah Allah itu.















No comments: